SMK Penghulu Saat ialah sebuah sekolah luar bandar yang terletak di Parit Sulong Batu Pahat, Johor. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1982. Sebelum ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Parit Sulong dan ditukar kepada nama sekarang pada 1995.
Bilangan pelajar sebanyak SMKPS pada awal penubuhannya adalah sedikit sahaja. Kini mencecah 1116 orang pelajar. sekolah yang cemerlang dari segi akademik dan ko-kurikulum. Ini bersandar kepada komitmen semua guru sekolah ini yang penuh dedikasi dan kooperatif.
Sebelum ini PIBG memainkan peranan penting kepada perkembangan kecemerlanagn SMKPS. Persatuan ini hanya melibatkan 3 pihak sahaja iaitu pelajar, guru dan ibu bapa/penjaga sahaja. Bekas pelajar juga sebenarnya boleh memberikan sumbangan yang besar dari pelbagai bentuk. Seperti idea, pengalaman, kepakaran dan kewangan.
Ramai bekas pelajar SMKPS telah berjaya menjawat jawatan yang hebat dan penting. Ada yang menceburi bidang perniagaan dan ada juga yang terlibat dalam bidang professional. Jika segala pengalaman ini dicurahkan dan dikongsi bersama untuk kemajuan pelajar SMKPS, pasti akan membuahkan hasil yang baik.
Kepada semua bekas pelajar SMKPS, dipersilakan untuk mendaftar sebagai ahli kelab alumni SMKPS
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En Shafie Buyamin (012 7711287)
Ataupun pihak sekolah (07 4186393)
--SMKPS
